Monday, April 12, 2010

HUKUMAN BERAT KEPADA PEMBUANGAN BAYI





Gejala pembuangan bayi di Malaysia menunjukkan peningkatan yang tiada kesudahannya. Tiada petanda aras atau kayu ukur yang menyatakan gejala ini semakin dipandang jijik dan seterusnya berkurangan. Waima, dibunuh atau ditinggalkan hidup, moralnya, kedua-dua perbuatan ini adalah terkutuk di sisi Islam kerana tidak bertanggungjawab ke atas keterlanjuran mereka. Sebenarnya gejala pembuangan bayi adalah mencerminkan gaya hidup tidak sihat yang ditunjukkan oleh kelompok masyarakat kita hari ini. Kita sedang melalui satu fasa yang genting di mana persoalan moral dan akhlak bukan lagi pertimbangan utama dalam setiap keputusan kita. Gaya hidup yang berteraskan liberalisme semakin berakar dalam pelbagai golongan masyarakat. Akar pemikiran liberalisme ini bertunjangkan pandangan alam kebaratan. Pandangan alam Barat ini menyumbang kepada kekeliruan abadi di kalangan masyarakat kita. Persoalan akhlak dan moral ditafsirkan secara relatif, seperti kisah tiga orang buta dengan seekor gajah. Ada yang mentafsirkan gajah seperti pelepah pisang kerana si buta memegang telinga gajah. Ada yang mentafsir gajah seperti tali, kerana si buta memegang ekor gajah. Ada juga yang mentafsir gajah seperti batang kelapa, kerana si buta memegang kaki gajah. Akhirnya, masing-masing mentafsirkan gajah berdasarkan ilmu pancaindera mereka yang terhad itu. Boleh dikatakan, gejala pembuangan bayi merupakan kekeliruan pandangan alam lapisan bawah kerana melibatkan orang awam, terutamanya mungkin golongan remaja. Kekeliruan tidak sahaja kepada orang awam, malah melekat juga kepada golongan ilmuwan dan pendidik yang dikategorikan sebagai lapisan atas atau utama, yang mereka ini menyebarkan faham kebaratan melalui institusi pendidikan kepada umat Islam. Tidak keterlaluan juga, mereka semacam ‘agen’ tidak rasmi pihak Barat.
****
Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat. Di samping itu juga, sikap masyarakat yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan. Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.
***
Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah. Seharusnya mereka ini dikenakan hukuman berat. Hukuman berat yang dilaksanakan dapat membendung gejala ini daripada terus berleluasa. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah merangka Implikasi undang-undang berhubung dengan pembuangan dan pembunuhan bayi. Di bawah Akta Kanak-kanak 2001 - Akta 611, seksyen 17 menyatakan bahawa anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga. Manakala, seksyen 46 pula, Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik di mana anak ini akan diletakakan di bawah pengawasan yang telah dibenarkan di bawah kuasa mahkamah. Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code, turut menyatakan bahawa sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun.
***
Selain daripada hukuman berat, terdapat juga hukuman-hukuman lain yang boleh dijalankan. Sudah pasti, perkara sesukar ini hanya boleh diperhalusi, diputuskan dan dilakukan dengan kerjasama semua pihak. Jika dibina pusat untuk ibu tidak sah taraf ini, bukankah kita hanya menggalakkan maksiat kerana pelaku maksiat sedar mereka akan dibantu dan mereka bebas melakukannya. Jika diwujudkan badan melindungi bayi tidak sah taraf ini sehingga menyerahkan pada keluarga angkat, apakah tercapai matlamat Islam iaitu berkeluarga dan berzuriat? Apakah dengan ini kita dengan rela melepaskan lelaki durjana yang hanya mahu melepaskan nafsu sahaja dan lari dari tanggungjawab terhadap wanita dan bayi tersebut? Bukankah kita mempunyai teknologi seperti DNA untuk mengesan bapa bayi ini, dan bagaimana harus kita bantu mereka supaya mereka insaf dan mendapat keampunan dari Allah SWT. Bukankah itu yang lebih penting.
***
Golongan agama harus bersatu padu dan tidak seibuk bertelagah. Mereka harus mengetuai usaha ini dengan memperjelaskan hukum membantu pelaku lelaki dan wanita membuang bayi samada harus atau haram!! Mengikut carian internet, ada beberapa pandangan yang dizahirkan golongan agama seluruh dunia, ada yang berpendapat bayi hanya bernyawa selepas 100 hari setelah ditiupkan roh. Itu pandangan mereka, apa yang kita perlukan ialah pandangan golongan agama yang bertanggunjawab di Malaysia kerana ia berkait dengan undang-undang Sivil dan undang-undang Syariah di Malaysia, apatah lagi undang-undang Allah diakhirat. Seterusnya Kerajaan dan NGO boleh menyediakan dana, tempat dan bimbingan untuk mereka.
***


Secara kesimpulannya, hukuman yang berat dapat menyumbang untuk membendung gejala ini daripada terus berleluasa di samping pelbagai lagi kaedah lain yang patut dijalankan secara serentak. Seluruh lapisan masyarakat harus bersatu padu dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam menyelesai masalah gejala sosial ini. Setiap individu termasuk ibu bapa perlu peka dan memainkan peranan, khususnya dalam memastikan anak tidak terjebak dengan gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka. Cabaran menangani gejala sosial terutama membabitkan kes pembuangan bayi harus diberi perhatian serius. Tindakan segera perlu diambil supaya terus merebak menjadi penyakit sosial sukar diubati.

Thursday, April 8, 2010

MY_BIG_HEART_THIRD_POST


Ever since its launch, TV3 has been the leading television station in Malaysia. It has twice achieved 51 % of audience share which is from 12 January - 18 January 2003 and 29 June - 5 July 2003 and this number is the highest share ever achieved by a Malaysian television station.

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) or TV3 was incorporated in 1983 as Malaysia's first commercial television station. It is part of Media Prima group of companies. TV3 bega it broadcasting in the Klang Valley on 1 June 1984. In July 1984, TV3 became the first commercial channel in collaboration with RTM that brought Malaysians to the coverage of the Los Angeles Olympics. The same thing was done in 1988. In late 1985, TV3 launched its first teletext service known as Beriteks. This service's name was changed to Infonet in 1996. Teletext is a television information retrieval service developed in the United Kingdom in the early 1970. It offers a range of text-based information, typically including national, international and sporting news, weather and TV schedules. But then, it was shut down on 1 January 2008.

On 15 December 1987, stereo transmissions began in the West Coast of Peninsular Malaysia. It was the first channel in Malaysia to adopt stereo broadcasting. It transmits using the Zweikanalton o stereo transmission system over TV3's UHF broadcast in the Klang Valley. Later in the 1990s, the stereo transmission was introduced into their VHF broadcast. TV3 was also experimenting with bilingual transmission over Zweikanalton for a short period of this time in the 1990s. On 25 April 1988, TV3 was listed on the Main Board of the Kuala Lumpur Stock Exchanged.

TV3 also introduced 24-hour broadcasting in 31 August 1997. However, due to the then-recent Asia financial crisis, 24-hour broadcasting was removed in December 1998 until for a short time from Thursday to Sunday in 2004 and full time between 2007 and 2009. TV3 now airs its programmes for 24-hour a day again since 31 December 2009. In January 2001, TV3 was the first channel in Malaysia to broadcast 3D-movie. The movie, Jaw's 3-D, required the viewers to have a pair of anaglyph glasses that can either be brought from certain stores patnered with TV3 for the event or attained from elsewhere.

In terms of advertising revenue, the company retains its leadership position and continues to produce strong revenue growth from advertisements. TV3 continues to upgrade its equipment for producion and transmission, and its employees receive continuos exposure and training in television production. This has enabled TV3 to remain as the premier private commercial broadcaster.

TV3, in collaboration with 8TV and local English daily the New Straits Times and Malay daily Berita Harian form the largest media group in Malaysia, collectively known as Media Prima. It is currently headed by Ahmad Izham Omar. TV3 also provides variety of programmes such as dramas, movies, reality shows, seriel soap dramas, comedias, magazines and investigative programmes. This television station also available over Astro on Channel 103.

In 2007, TV3 achieved an award of Asia Pacific Enterprenuership Award for Responsible Entrepenuership organized by Enterprise Asia. This award is given due ti its contribution towards corporate social responsibility. This number one television station in Malaysia also has swept three other awards at the Ghana National Honorary awards of the fame.